Logo, Visi, Misi dan Lagu SKMJ

LOGO
Logo SKMJ, warna latar berwarna hijau bukan warna rasmi.sekadar hiasan.

MAKSUD LOGO
Warna kuning : Harapan sekolah yang tinggi terhadap kecemerlangan murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum, bina insan dan keceriaan.

Warna biru : Melambangkan keharmonian , perpaduan serta permuafakatan di kalangan guru, kakitangan, murid dan masyarakat.

Warna hitam dan Putih : Melambangkan sekolah ini berada di dalam negeri Pahang Darul Makmur.

Lambang Buku : Melambangkan hasrat sekolah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua murid.

Lambang Bola : Melambangkan kegiatan kokurikulum didedahkan kepada murid untuk melahirkan murid-murid yang sihat dan cerdas.

Bentuk Geometri : Harapan sekolah agar kemahiran Matematik dan Sains yang diajar akan membantu murid mempelajari kemahiran sains dan teknologi yang sangat penting pada masa akan datang.

Usaha : Usaha yang gigih dalam meningkatkan prestasi kurikulum, kokurikulum dan bina insan.

Maju : Kemajuan sekolah melambangkan keprihatinan guru terhadap keperluan murid-murid.

Jaya : Kejayaan murid dilahirkan oleh guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan pengurusan sekolah yang cemerlang.




VISI
Menjadi sekolah yang cemerlang dan dinamik dalam semua bidang.

MISI
Sekolah Kebangsaan Bebar akan berusaha bersungguh-sungguh menjadi sekolah terbaik dalam bidang kurikulum, bina insan dan keceriaan bagi melahirkan insan yang berkualiti melalui pengurusan sumber secara bersepadu, cekap dan berkesan


LAGU
Berusaha tiap masa
Mencapai cita-cita
Tabahkan hati semua
Tanpa berputus asa
Ke arah hasrat mulia
Berdisiplin dan berusaha
Sekolah Kebangsaan Bebar
Mewangikan namamu
Di bidang pelajaran dan juga kegiatan
c/o
Kamilah putera-puteri
Bertekad dan berbakti
Kepadamu pertiwi
Dengan sepenuh hati

KREDIT : http://skbebar.webs.com/

NOTA : Jika terdapat perubahan, sila maklumkan kepada admin untuk dibuat pembetulan.

Post a Comment

My Instagram

Copyright © SK Merchong Jaya-Setting in progress. Designed by OddThemes