Pembukaan blog SKMJ

Assalamualaikum semua,
Hari ini, 8 Jun 2015, Isnin jam 5.00 petang, aku baru je siap setting blog ni..(ni waktu pejabat, bukan mengular, tapi tak ada kerja nak buat). Hehe.. sebenarnya blog ni dah lama aku cuba setting, tapi tak ada masa nak siapkan.


Logo ni aku ambil dari http://skbebar.webs.com/logosekolah.htm, dan edit semula warnanya supaya lebih sharp. Aku belanja korang.hehe.. Ok, untuk pengetahuan semua, setakat hari ini, blog ni tak cukup lengkap lagi dari segi maklumat. Aku cuma selesai setting template sahaja.

TUJUAN UTAMA aku buat blog ini adalah sebagai salah satu wadah perhubungan dan tempat penyumbang idea melalui karya oleh ALUMNI/Warga SKMJ/Bekas guru/pelajar dan juga pelawat blog SKMJ.

Aku juga merupakan bekas pelajar SKMJ semasa zaman perang jepun dulu (tipu la tu.hehe..). Kalau korang tanya Dah banyak blog berkatian SKMJ? ni jawapan aku = Blog yang banyak tu adalah dibuat oleh warga SKMJ yang sebelum ini, tak aktif dan tak update pun. mungkin adminyya hanya seorang. Jadi, bila admin dah berpindah/malas, blog tu jadi sarang tebuan.

Sebab tu la aku aku buat blog ni sebagai rangkuman kepada semua blog lain dan aku akan lantik admin dari kalangan warga SKMJ sendiri yang berminat dan aktif dalam dunia blog, manakala para penulis pula dipelawa kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang idea. Diharap dengan berbuat demikian, blog SKMJ ni akan sentiasa hidup dan boleh menjadi sumber rujukan kepada semua pelawat.

Ok, dah, cukup. dah panjang membebel ni. Sambil-sambil tu boleh la lawat blog aku yang juga dah bersawang di www.sunan.my . Sapa2 nak jadi admin/penulis di blog ini, aku akan buka penyertaan apabila blog ni dah lengkap tersergam indah. hehe...

Orait, mintak diri dulu. -sunan

Post a Comment

My Instagram

Copyright © SK Merchong Jaya-Setting in progress. Designed by OddThemes