Dasar dan Peraturan Pengarang/Penulis SKMJ

Bagi memeriahkan blog SKMJ, admin mengalu-alukan kepada semua pelawat untuk menjadi salah seorang pengarang/penulis di blog SKMJ. Blog SKMJ dibuka untuk semua yang ingin mencurahkan idea. Namun begitu, apa yang dikarang dan dipaparkan melalui SKMJ hendaklah mengikut etika-etika tertentu supaya blog SKMJ kekal relevan untuk dilawati oleh segenap lapisan usia.

Berikut adalah peraturan ringkas kepada bakal pengarang/penulis yang perlu dipatuhi. Jika terdapat pelanggaran peraturan dibawah, admin BERHAK menolak/membuang apa sahaja artikel yang sedang/telah diterbikan di blog. Jika pengarang/penulis melakukan pelanggaran yang peraturan yang teruk, admin BERHAK membuang pengarang/penulis daripada senarai penyumbang idea SKMJ.


Dasar dan Peraturan Ringkas Pengaran/Penulis Blog SKMJ.

1. Sebarang karangan/tulisan hendaklah TIDAK ADA UNSUR-UNSUR POLITIK, SEKS, LUCAH, BAHAN TERLARANG, PERKAUMAN, AJARAN SESAT, HADIS PALSU, MELANGGAR PERATURAN AGAMA ISLAM DAN NEGARA.

2. Semua karangan dan penulisan yang dipaparkan melalui SKMJ hendaklah DIBERI KEBEBASAN UNTUK DIGUNA, DITIRU DAN DIKONGSI. Pengarang/penulis TIDAK BERHAK MENUNTUT GANTI RUGI/PAMPASAN/SAMAN/ROYALTI. TIADA ISTILAH KARYA ANDA DISALAH GUNA DI SKMJ.

3. Pengarang/penulis hanya berhak mengarang, menulis dan memaparkan karya melalui SKMJ. Pengarang/penulis TIDAK BERHAK menuntut pemilikan blog SKMJ/menuntut peranan admin.




Nota : Halaman ini akan sentiasa dikemaskini.

Post a Comment

My Instagram

Copyright © SK Merchong Jaya-Setting in progress. Designed by OddThemes